ini lah aku n geng2 aku....

dari kanan ejet,aku,pak an,kcik n kiri skali tu adalah edi...
tapi..............
kiteorang dah tak macam ni lagi......
yg kekal 3 orang jer......
aku,ejat n kecik......
nanti bile dah habis blaja aku akan ingat korang slalu!!!
agak2 rindu aku cite lah kat sini n to my room mate slalu2lah jenguk2 my blog ni keyh....
zazzzz...........

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu
ReplyDeletetidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat
dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai
misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan
strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.Berdasarkan
hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda
yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua
kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920an dan 1930-an,pihak penjajah British menolak apa yang
datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art,menjadikan apa yang
dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu,Melayu yang berharap untuk
naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah
Inggeris.Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Itu pengaruh penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang
sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan
itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains
dengan pendekatan yang berbeza. Mereka sentiasa bertanya.
Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak
bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya:
Kenapa? Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu
menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat
Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.
Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan
bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.
Kalau pada kurun ke18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada
hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu
untuk lihat apa manifestasi hantu.Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap
masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains.Malangnya, kita tidak sedia dan
berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.
Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British.
Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut
para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan
kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka
akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.
Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka
sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama.Dia suka dengan raja dia, ajar
Melayu buat bakul. Akibat dasar itu,tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu
hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada
banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya
mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.
Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih
terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan
hendak jadi kaya. Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah.
Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh
memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini
sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi daripada kesan-kesan
kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini
pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya
wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.Sekarang ini semua
orang Melayu hendak kaya.
Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya)
kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya
pada akhir tahun 1970an. Ketika Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat
menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.
Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang
terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu
akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita
Melayu yang bekerja kilang.
Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan,
tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang,
Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke
peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah
menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan
khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.
Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.
Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya
mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada
usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya
bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru,
wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak
bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata
lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup
berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu.Kata mereka,
kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap.
Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat
Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan
kumpulan berfikiran konservatif.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar
di universiti-universiti.Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan
tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia
mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970an.
Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.
Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita
baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes
perubahan minda wanita Melayu.
Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang
yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang
menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia,
peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi
syurga atau tidak.
Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya
mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam.
Contohnya orang lelaki. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk
gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969,tetapi peristiwa
tersebut dan dasar-dasar ekonomi,pendidikan dan politik selepas itu tidak
sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang
iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini
berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas
Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup
besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga
di kalangan para pegawai kerajaan.Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata
a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah
usahawan.
Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka
ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk
membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak
betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya
sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu,aku mesti berkhidmat
kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
Profesor Diraja Ungku Aziz
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya.
(Beliau yang menyambut hari lahirnya yang ke-80 pada 28 Januari lalu terlibat aktif
dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.)